Search

𝐉𝐄𝐉𝐀𝐊 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓...

  • Share this:

𝐉𝐄𝐉𝐀𝐊 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟑 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐌𝐈𝐒𝐊𝐈𝐍 𝐃𝐈 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐋𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈

YBhg. Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 3 bagi bulan Ogos 2021 bertempat di Mukim Johor Lama Daerah Kota Tinggi. Turut hadir, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kota Tinggi.

Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat. Antara keluarga-keluarga penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah:-

i) Warga emas Orang Kelainan Upaya (OKU) yang tidak mempunyai pendapatan serta menumpang hidup di rumah adik perempuan yang memiliki seorang anak OKU.

ii) Wanita warga emas berusia 82 tahun yang menghidapi penyakit jantung dan darah tinggi serta tinggal bersama seorang anak lelaki yang tidak mempunyai pendapatan.

iii) Warga emas berusia 90 tahun menderita penyakit tua dan menanggung isteri dan seorang anak Orang Kelainan Upaya (OKU).

iv) Warga emas berusia 85 tahun, hidup sebatang kara dan mengidap penyakit tua serta tidak mempunyai pendapatan.

v) Wanita yang hidup sebatang kara, tiada pendapatan dan mempunyai masalah penglihatan serta pendengaran.

Semoga kurniaan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penerima dan semoga penerima dapat meneruskan kesinambungan hidup dengan lebih baik di masa akan datang.


Tags:

About author
not provided